Kami servis dan baiki gearbox untuk kereta Perodua, Proton, dan kereta popular di Malaysia. Lokasi di Cyber Valley, Dengkil.
Fokus kami satu sahaja — gearbox kereta anda.
Tukar semua gasket, seal, clutch plate, bearing & piston kit. Sesuai bila gearbox dah tak boleh masuk gear atau ada bunyi pelik.
Bersihkan solenoid, flush minyak, tukar filter & gasket. Hilangkan masalah jerk, gear delay atau tersangkut.
ATF atau CVT — kami gunakan minyak original spec ikut jenis gearbox kereta anda.
Tukar oil seal, flywheel seal & cable gear lever. Atasi kebocoran minyak dan gear keras masa tukar gear.
Untuk gearbox moden, kami boleh baca dan reset error code dari ECU kereta anda.
Ini bukan gambar stock — semua dari workshop MH Empire, Cyber Valley.

Customer datang sebab gear tersangkut dan tak boleh masuk D langsung. Selepas diagnostik, kami keluarkan gearbox sepenuhnya untuk overhaul. Tukar clutch plate, seal, bearing dan pasang semula. Kereta jalan smooth balik lepas 4 hari kerja.
OverhaulIni dalam gearbox yang dah dibongkar. Kami periksa setiap gear, clutch plate, dan solenoid satu per satu. Yang rosak diganti, yang okay dipasang balik.
Valve BodyValve body yang kotor jadi punca utama gear jerk dan delay. Kami bersihkan, periksa solenoid, dan tukar filter. Minor repair macam ni biasa siap dalam sehari.
Ada kereta yang gearbox dia tersembunyi di belakang enjin. Untuk Hilux ni, kami kena keluarkan enjin dulu guna crane baru boleh akses gearbox untuk overhaul. Kerja berat, tapi kami biasa handle.

Walk-InCustomer datang walk-in — kereta jerk kuat setiap kali tukar gear. Punca: minyak gearbox dah hitam dan tak pernah tukar. Kami flush dan tukar ATF baru, terus smooth.
Minor RepairMasalah biasa Nissan CVT — RPM naik tapi kereta lambat respond. Kami bersihkan valve body, tukar CVT fluid, dan reset ECU. Kereta kembali normal tanpa perlu overhaul penuh.
DiagnostikCustomer datang sebab lampu check engine menyala. Selepas scan ECU, kami jumpa error code gearbox. Buat diagnostik penuh, tukar solenoid yang rosak, dan reset code.
WorkshopIni suasana workshop kami di Cyber Valley. Biasanya ada 2-3 kereta dalam workshop pada satu masa. Setiap kereta dapat perhatian penuh dari juruteknik kami.
Fokus utama kami kereta tempatan dan kereta popular di Malaysia.
Ini jenama utama yang kami servis setiap hari.
Kami juga boleh servis jenama-jenama ni.
Simple je, 3 langkah sahaja.
Beritahu masalah gearbox anda. Kami akan tanya sikit details dan bagi anggaran.
Bawa kereta ke workshop kami di Cyber Valley, Dengkil. Kami periksa dan confirmkan kerja yang perlu dibuat.
Kami maklumkan bila kereta dah siap. Datang ambil, bayar, dan jalan.
MH Empire Auto Gearbox,
Cyber Valley, Cybersouth, Dengkil, Selangor
Isnin – Sabtu: 9 pagi – 6 petang
Ahad: Tutup
Baca dulu sebelum hantar kereta — supaya anda faham apa yang berlaku.
Antara tanda-tanda biasa:
Minor repair — untuk masalah ringan macam jerk, delay, atau tersangkut. Kami bersihkan valve body, tukar filter, flush minyak. Tak perlu bongkar habis.
Overhaul — untuk masalah berat. Kami bongkar gearbox sepenuhnya, tukar semua gasket, seal, clutch plate, bearing dan piston kit. Ini untuk gearbox yang dah tak boleh berfungsi.
Tidak sama. ATF (Automatic Transmission Fluid) untuk gearbox automatik biasa. CVT fluid untuk gearbox CVT (Continuously Variable Transmission). Jenis minyak yang salah boleh rosakkan gearbox anda. Kami pastikan guna minyak original spec ikut jenis gearbox kereta anda.
Boleh. Myvi generasi baru guna gearbox CVT. Kami biasa handle gearbox CVT Perodua dan Proton. Servis termasuk tukar CVT fluid, bersih valve body, dan check belt CVT kalau perlu.
Panduan umum:
Kalau kereta selalu dalam trafik jam (KL, Putrajaya), kurangkan sedikit sebab gearbox kerja lebih keras.
Selain ikut kilometer, anda patut servis gearbox bila:
Bergantung pada jenis kerja:
Kami akan maklumkan anggaran masa bila dah periksa kereta anda.
Ya, kami bagi warranty untuk kerja overhaul dan penggantian part. Tempoh warranty bergantung pada jenis kerja. WhatsApp kami untuk tanya details lanjut.
Ini panduan umum untuk kereta tempatan (Perodua & Proton). Ikut mana yang sampai dulu — kilometer atau masa.
WhatsApp kami, ceritakan masalah anda, dan kami akan bantu.